- Wang yang dibayar oleh pemegang Polisi itu (si mati).
- Wang tambahan dari Syarikat Insurans.
Wang yang dibayar oleh Pemegang Polisi (si mati) adalah termasuk dalam harta pusaka
yang waris-waris si mati boleh menerima bahagian masing-masing mengikut Hukum Faraid
kerana wang ini bukanlah wang haram.
Wang tambahan dari Syarikat Insurans itu adalah wang syubhah yang diragukan halal atau
haramnya. Ianya hendaklah diserahkan kepada Baitul-Mal untuk digunakan bagi faedah
orang-orang Islam di Singapura seluruhnya.
Jikalau seseorang membeli insurans nyawa, apabila sampai ajalnya Syarikat yang
berkenaan akan membayar wang yang diinsuranskannya bersama-sama dengan bonusnya kepada
keluarga di mati. Adakah wang insurans itu haram bagi bekalan keluarga yang hidup?
Membeli, menjual dan menjadi Pengendali Insurans Nyawa hukumnya adalah haram, kerana
sebab-sebab berikut:
- Dalam soal membeli insurans nyawa itu hukumnya tidak sah, mengikut keadah jual beli
dalam Islam.
- Pembelian insurans nyawa itu adalah disifatkan sebagai suatu muamalah yang samar-samar
(bergantung kepada nasib). Tiap-tiap kira bicara (transaction) yang tidak sah adalah haram
penggunaannya; kerana Nabi saw melarang sebarang penjualan yang ada gharar (keuntungan
yang menggalakkan tetapi tidak nyata).
- Pihak waris hanya berhak mendapat balik jumlah wang yang telah dibayar oleh simati
semasa hidupnya untuk insurans itu.
Ini adalah kerana konsep insurans: