TABUNG SIMPANAN PEKERJA (CPF)

S : Dalam borang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) suami saya, nama saya tercatit sebagai penama (nominee). Adakah wang Tabung Simpanan Pekerja suami saya itu menjadi hak saya sendiri atau menjadi harta pusaka?

J : Menurut hukum syarak, wang Tabung Simpanan Pekerja termasuk dalam tarikh (pusaka) si mati yang mesti dibahagiakan kepada waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Penama (Nominee) yang dibuat oleh pencarum Tabung Simpan Pekerja adalah selaku "Wakil" sahaja. Dia tidak mendapat apa-apa kecuali jika dia adalah salah seorang waris si mati, maka dia berhak mendapat sebahagian daripada harta pusaka itu menurut Hukum Faraid.

 

 

 [ Home ]