Mengenai keadaan pekerja-pekerja di pulau seperti yang ditanyakan, Jawatankuasa Fatwa
berpendapat bahawa sebagai syiar agama, maka salat Jumaat di tempat dan keadaan tersebut
boleh diadakan.
Ia juga adalah untuk menunaikan tuntutan agama supaya kaum lelaki Muslim berkumpul pada
hari Jumaat setiap minggu untuk mendengar nasihat dan peringatan-peringatan agama yang
disampaikan melalui khutbah.
Walaubagaimanapun, sebagai langkah berhati-hati, mereka hendaklah melaksanakan juga
salat Zohor selepas selesai mengerjakan salat Jumaat.