 | PENYELARASAN KIRAAN ZAKAT |
S : Bagaimanakah cara pengiraan zakat ?
Kiraan pelbagai bentuk zakat adalah seperti berikut:
- Zakat Wang Simpanan (savings): Boleh
dikira dengan menggunakan salah satu cara- cara berikut:
 | 2.5% dari baki terendah sesuatu tahun semua jenis simpanan bila cukup nisabnya |
 | 2.5% atas baki terendah setiap bulan atau setiap urus niaga |
 | 2.5% dari baki terakhir bila cukup haul dan nisabnya (mengikut pendapat mazhab Hanafi) |
Zakat saham:
Zakat CPF:
Zakat yang perlu dikeluarkan ialah 2.5% atas wang caru- man setiap tahun atau tunggakan
zakat apabila wang itu dikeluarkan.
Zakat emas:
Emas yang wajib dizakatkan ialah emas yang disimpan. Emas yang dipakai sebagai
perhiasan tidak wajib dizakatkan kecuali jika berat emas perhiasan tersebut ialah 230
mayam atau 200 dinar atau 20 mithqal. Jika satu perhiasan yang dibuat dari emas mencapai
tim- bangan berat tersebut, maka perhiasan itu barulah wajib dizakatkan.
Adapun nilai zakat emas yang wajib dizakatkan ialah 2.5% atas nilai emas yang disimpan
yang nilainya bersamaan atau melebihi timbangan emas seberat 2.7895 troy oz. Bersamaan
lebih kurang 86 gram.
Zakat perniagaan:
Bayaran bagi zakat perniagaan adalah 2.5% atas aset (harta perniagaan) apabila cukup
haul dan nisabnya.
|