J : Jenis-jenis urusan dan perniagaan yang dijalankan oleh bank ada bercampur-aduk
antara yang halal dan haram. Akaun semasa (current A/C), penggunaan cek, bill of lading
dan urusan yang dijalankan antara bank dengan para peniaga dengan dikenakan bayaran
perkhidmatan (service charge) bukanlah dari jenis riba, dan amalan itu adalah dari jenis
yang halal. Perjanjian dengan dikenakan interest dan seumpamanya adalah dari jenis yang
diharamkan. Maka pekerjaan dan hasil pendapatannya adalah di dalam kategori
"shubhah", hukumnya adalah makruh.