Make your own free website on Tripod.com

 

 

UBAT MENGANDUNGI ALKOHOL

S : Apakah hukum mengenai ubat yang ramuannya mengandungi 'Alcohol'?

J : Menggunakan ubat-ubat yang mengandungi alcohol itu di dalamnya jika tidak ada ubat lain yang dapat mengambil tempatnya maka haruslah digunakan ubat itu seperti berubat dengan bahan-bahan najis yang lain selain daripada arak yang tidak bercampur apa-apa.

> Dalil yang mengharuskan berubat dengan bahan-bahan najis ialah hadis riwayat Al-Bukhari:

Dari Abu Qilabah dari Anas, katanya "Ada beberapa orang Akla dan Urainah, datang untuk singgah di Madinah, Nabi saw menyuruh beberapa orang sahabatnya untuk menghantar kepada mereka, berapa ekor unta yang banyak susunya agar mereka minum air kencing (untuk berubat) dan serta susunya ...." hingga akhir Hadis.

 

  [ Home ]