Make your own free website on Tripod.com

 

 

SOLAT JUMAAT DI PULAU YANG JUMLAH JEMAAHNYA TIDAK SAMPAI 40 ORANG

S : Di sebuah pulau terdapat beberapa pekerja Islam yang bertugas di situ. Jumlah mereka tidak sampai 40 orang. Oleh kerana bilangan 40 orang jemaah merupakan di antara syarat salat Jumaat menurut mazhab Syafie maka masalah yang diutarakan ialah : Apakah yang semestinya dilaksanakan oleh pekerja-pekerja tersebut - salat Zohor atau salat Jumaat?

Berdasarkan Mazhab Syafie, apabila luput salah satu syarat Jumaat, maka kewajipan yang wajib dilaksanakan ialah kewajipan menunaikan salat Zohor, bukan salat Jumaat.

Mengenai keadaan pekerja-pekerja di pulau seperti yang ditanyakan, Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa sebagai syiar agama, maka salat Jumaat di tempat dan keadaan tersebut boleh diadakan.

Ia juga adalah untuk menunaikan tuntutan agama supaya kaum lelaki Muslim berkumpul pada hari Jumaat setiap minggu untuk mendengar nasihat dan peringatan-peringatan agama yang disampaikan melalui khutbah.

Walaubagaimanapun, sebagai langkah berhati-hati, mereka hendaklah melaksanakan juga salat Zohor selepas selesai mengerjakan salat Jumaat.

 

[ Home ]