PEKERJAAN DAN PENDAPATAN - BANK

S : Apakah hukum bekerja dan hasil pendapatan dari bank?

J : Jenis-jenis urusan dan perniagaan yang dijalankan oleh bank ada bercampur-aduk antara yang halal dan haram. Akaun semasa (current A/C), penggunaan cek, bill of lading dan urusan yang dijalankan antara bank dengan para peniaga dengan dikenakan bayaran perkhidmatan (service charge) bukanlah dari jenis riba, dan amalan itu adalah dari jenis yang halal. Perjanjian dengan dikenakan interest dan seumpamanya adalah dari jenis yang diharamkan. Maka pekerjaan dan hasil pendapatannya adalah di dalam kategori "shubhah", hukumnya adalah makruh.

 

 

[ Home ]