Make your own free website on Tripod.com
 

 

ORANG YANG MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW

S : Apakah hukumnya orang yang menghina Nabi Muhammad dan Islam?

J : Orang yang menghina Nabi Muhammad dan Islam menjadi murtad. Murtad adalah seburuk-buruk jenis kufur dan yang paling berat hukumnya. Murtad bererti memutuskan keagamaan Islam dari seseorang. Ia boleh terjadi dengan perkataan, perbuatan, iktikad dan azam.

Perbuatan yang boleh membuat seseorang itu menjadi murtad seperti sujud kepada berhala atau kepada matahari. Sedang perkataan yang boleh membuat seseorang itu menjadi murtad adalah jika ia melafazkan kata-kata yang mempunyai maksud penghinaan kepada agama Islam sama ada dari kepercayaannya atau secara berungkal atau dengan memperkecilkan Islam. Selain dari perbuatan termasuk juga iktikad seperti iktikadnya bahawa dunia ini kekal atau Penciptanya tidak berkuasa, atau menolak kenabian seorang nabi daripada nabi-nabi yang diutus atau mendustakannya atau memaki nabi atau memperkecilkannya atau mempercayai adanya nabi selepas Nabi Muhammad saw. Begitu juga jika seseorang itu mengubah hukum Allah dengan menghalalkan yang haram seperti arak atau katanya zina itu halal atau menafikan sesuatu yang menjadi wajib tiap Muslim mengetahuinya dari hukum syarak atau menurut hukum ijmak seperti ianya menambah rakaatnya di dalam sembahyang atau ia mengaku nabi selepas Nabi Muhammad saw.

Berkaitan dengan hal ini seperti perkara Salman Rushdie di mana mengikut laporan dari bukunya "Ayat-ayat Syaitan" bahawa ia telah memperkecilkan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad saw dan juga menghina isteri-isteri Nabi Muhammad saw. Perbuatannya itu adalah termasuk dari jenis yang membuat ianya menjadi murtad dan terkeluar dari agama Islam.

Adapun hukum orang yang murtad itu adalah ia disuruh bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika ia enggan, dikenakan hukum bunuh.

 

 

[ Home ]