BADAL  HAJI

S : Bolehkah seseorang itu mengerjakan Badal Haji untuk lebih daripada seorang dengan serentak?

J : Badal Haji tidak boleh dikerjakan untuk lebih daripada seorang pada satu masa. Antara dalilnya ialah hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah yang berbunyi: Bahawa Rasulullah saw mendengar seorang lelaki mengucapkan: "Labbaika daripada Syabrumah", maka bertanya Nabi, "Siapakah Syabrumah itu?" Lalu dijawab: "Dia adalah saudaraku atau seorang kerabat kepadaku." Maka bertanya lagi, "Apakah anda telah menunaikan Haji buat anda sendiri?" Jawabnya belum, maka sabda Nabi, "Lakukanlah Haji untuk diri anda dahulu, kemudian barulah untuk Syabrumah."

 

   [ Home ]