Make your own free website on Tripod.com

 

 

AQIQAH

S : Harap dapat tuan terangkan tentang Aqiqah?

J : Menurut bahasa, AQIQAH ialah binatang yang disembelih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas kurnia-Nya memberi zuriat, tetapi yang lazim diertikan oleh ramai; aqiqah ialah ibadat menyembelih binatang (biasanya kambing) sebagai tanda kesyukuran kerana beroleh zuriat itu.

Rasulullah saw telah menyembelih dua ekor kambing bagi tiap seorang dari cucunya iaitu Saiyidina Hassan dan Hussain - pada hari ketujuh cucu-cucunya itu dilahirkan; mereka itu telah lahir kira-kira dalam tahun 3 Hijrah.

Adalah sunnat hukumnya: mencukur rambut bayi (samada lelaki atau perempuan) pada hari ketujuh bayi itu dilahirkan; sunnat pula bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu bersedekah dengan emas atau perak sebanyak yang sama berat dengan rambut bayi itu, atau dengan wang yang senilai dengan emas/perak yang seberat rambut bayi itu.

Adalah sunnat juga bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu mengaqiqahkan anak/cucunya itu dengan dengan menyembelih 2 ekor kambing jika anak lelaki dan seekor kambing jika anak perempuan. Sunnat bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu mengaqiqahkan anak/cucunya ketika bayi itu, berumur antara antara 7 hingga 40 hari, iaitu kira-kira darah nifas ibunya belum kering. Ada juga kaul yang mengatakan aqiqah boleh dilakukan selagi anak itu belum baligh.

Sebahagian ulama berpendapat bahwa apabila anak itu sudah baligh maka tidaklah sunnat lagi bapa atau datuk yang menafkahi anak itu melakukan amalan aqiqah itu.

Cara melakukan ibadat aqiqah itu samalah seperti melakukan ibadat qurban. Bezanya ialah bahawa qurban itu dilakukan pada hariraya Aidiladha atau/dan tiga hari tasyrik, manakala aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Binatang yang dijadikan aqiqah/qurban ialah kambing, unta atau lembu yang sihat, berumur antara 2 hingga 3 tahun, tidak cacat; Tidak sah binatang yang tempang, buta atau sakit dijadikan aqiqah/qurban. Aqiqah/qurban dengan kambing ialah aqiqah/qurban bersendirian, tetapi lembu atau unta boleh dijadikan aqiqah/qurban berkongsi.

Menyembelih aqiqah adalah sama dengan cara menyembelih binatang-binatang biasa tetapi hendaklah dengan niat aqiqah.

Daging aqiqah itu hendaklah dipotong-potong dengan tidak mematah atau memecahkan tulangnya. Adalah sunat jika daging itu dimasak dengan manisan (madu, misalnya) kemudian masakan itu dibahagi-bahagikan kepada fakir dan miskin.

 


 [ Home ]